Portal Rasmi
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Majlis cabutan undi unit Rumah IDAMAN oleh bekas pemain Bola Sepak Selangor.
Majlis cabutan undi unit dan menandatangani penjanjian jual beli Rumah IDAMAN ABADI oleh 26 bekas pemain Persatuan Bola Sepak Selangor. Dengan termeterainya perjanjian ini maka berakhirlah penantian selama 27 tahun para pemain era 1995 yang telah dijanjikan sebidang tanah atas kejayaan merangkul Piala Malaysia oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Ucapan tahniah dan penghargaan di atas usaha kesemua bekas pemain yang telah berusaha keras dalam memartabatkan arena Bola Sepak Negeri Selangor. Majlis cabutan disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, YB Puan Rodziah Binti Ismail, Encik Mohd Hafiz Bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Encik Ahmad Ashraf Bin Asnan, Ketua Pembangunan & Perancangan Hartanah, mewakili MBI Selangor.

08-12-2022 01:35 PM

PROGRAM JELAJAH SELANGOR PENYAYANG (JSP) DAERAH HULU SELANGOR
PROGRAM JELAJAH SELANGOR PENYAYANG (JSP) DAERAH HULU SELANGOR Perasmian oleh: YAB. Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor Tarikh: 3 & 4 Disember 2022 (Sabtu & Ahad) Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat: Persiaran As Salam, Bukit Sentosa Hulu Selangor

03-12-2022 09:47 AM

Pembentangan Kajian Mental Health Status Among Children Living in People's Housing Project (PPR)
Nama Program: Pembentangan Dapatan Kajian Mental Health Status Among Children Living in People's Housing Project (PPR) in Kuala Lumpur and Selangor During Covid-19 Pandemic. Tarikh : 30 November 2022 Tempat: Le Meridien Putrajaya.

30-11-2022 09:50 AM

Kursus Comprehensive Strata Management And Residential Training (C-SMART)
Sekitar Kursus Pemantapan Pengurusan Bangunan Kediaman Strata @ Comprehensive Strata Management And Residential Training (C-SMART) yang diadakan secara serentak pada 25 - 27 November 2022 1. Anjuran COB Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) - Dorsett Hotel, Putrajaya 2. Anjuran COB Majlis Perbandaran Kuala Langat - Hotel Seri Malaysia, Sepang 3. Anjuran COB Majlis Perbandaran Klang (MPK) - Ancasa Residences, Port Dickson 4. Anjuran COB Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - Trove Hotel, Johor Baharu Bengkel yang diadakan ini merupakan inisiatif daripada Jawatankuasa Perumahan, Kesejahteraan Bandar Dan Pembangunan Usahawan (STANDCO) melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan ( MC ) di seluruh pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor. Kursus yang diadakan ini memfokuskan kepada sistem pentadbiran dalam pengurusan JMB, MC dan Ejen Pengurusan ke arah yang lebih baik dan berdaya maju. Kursus ini juga memberi pendedahan dan pengetahuan dengan lebih jelas melalui perkongsian pengalaman antara peserta dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kursus ini juga memberi peluang untuk badan pengurusan berkongsi idea dan pandangan sesama mereka untuk menjadi lebih cekap dan profesional. Sepanjang kursus @ seminar ini, penceramah-penceramah dari pelbagai agensi dijemput untuk memberi taklimat berkaitan pengurusan kewangan dan penyelenggaran pangsapuri di bawah Akta 757.

27-11-2022 10:16 AM

MAJLIS GRADUASI GENERASI IMPAK SELANGOR (GeMS)
MAJLIS GRADUASI GENERASI IMPAK SELANGOR (GeMS) TARIKH: 27 NOVEMBER 2022 (AHAD) TEMPAT: DEWAN BANKUET, DEWAN JUBLI PERAK SHAH ALAM, SELANGOR

27-11-2022 10:00 AM

LPHS menyertai Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022
Alhamdulillah LPHS telah menyertai Konvensyen ICC/KIK Malaysia 2022 yang berlangsung pada 24 November 2022 di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Sebanyak 4 sektor telah dipertandingkan iaitu sektor awam persekutuan, awam negeri, perkhidmatan dan pembuatan. . Di dalam konvensyen ini, projek-projek inovasi yang dipersembahkan oleh kumpulan telah diberi penarafan emas mengikut bintang berdasarkan kepada penilaian yang diberikan oleh panel penilai.

24-11-2022 10:00 AM

LAWATAN TAPAK BERSAMA PENGARAH EKSEKUTIF LPHS BAGI PROJEK KEDAI MAMPU MILIK TAMAN PUCHONG UTAMA
LAWATAN TAPAK BERSAMA PENGARAH EKSEKUTIF LPHS BAGI PROJEK KEDAI MAMPU MILIK TAMAN PUCHONG UTAMA OLEH TETUAN HILLCREST GARDENS SDN. BHD. TARIKH: 9 NOVEMBER 2022 (RABU) MASA: 12.00 TENGAHARI TEMPAT: TAMAN PUCHONG UTAMA, PETALING

09-11-2022 11:00 AM

LAWATAN TAPAK BERSAMA PENGARAH EKSEKUTIF LPHS BAGI PROJEK RUMAH KOS RENDAH PANGSAPURI PELANGI INDAH
LAWATAN TAPAK BERSAMA PENGARAH EKSEKUTIF LPHS BAGI PROJEK RUMAH KOS RENDAH PANGSAPURI PELANGI INDAH OLEH TETUAN ENG ANN REALTY COMPANY SDN. BHD. TARIKH: 9 NOVEMBER 2022 (RABU) MASA: 11.00 PAGI TEMPAT: PANGSAPURI PELANGI INDAH, KLANG

09-11-2022 12:00 AM

HARI ANUGERAH LAMAN HIJAU NEGERI SELANGOR TAHUN 2022
HARI ANUGERAH LAMAN HIJAU NEGERI SELANGOR TAHUN 2022 Pada: 5 November 2022 (Sabtu) Bertempat: The Midland’s Convention Centre (MCC) Seksyen 7, Shah Alam Perasmian oleh: Y.Bhg Dato' TPr Dr Juhari bin Ahmad Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

05-11-2022 09:00 AM

PROGRAM JELAJAH SELANGOR PENYAYANG (JSP) DAERAH SEPANG
PROGRAM JELAJAH SELANGOR PENYAYANG (JSP) DAERAH SEPANG Perasmian oleh: YAB. Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor Tarikh: 30 Oktober 2022 (Ahad) Masa: 10.00 pagi Tempat: KIP Sentral, Kota Warisan, Sepang

30-10-2022 10:00 AM

PROGRAM JELAJAH SELANGOR PENYAYANG (JSP) DAERAH KLANG
PROGRAM JELAJAH SELANGOR PENYAYANG (JSP) DAERAH KLANG Jelajah Selangor Penyayang diteruskan kali ini di Stadium Sultan Suleiman, Klang Sebanyak 44 program Iltizam Selangor Penyayang khusus buat rakyat Selangor. Perasmian oleh: YAB. Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor Tarikh: 22-23 Oktober 2022 (Sabtu & Ahad) Tempat: Stadium Sultan Suleiman, Klang

23-10-2022 10:00 AM

Majlis Penutup Bengkel Pemantapan Skim Kawalan dan Keselamatan Pangsapuri (ASSESS)
Majlis Penutup Bengkel Pemantapan Skim Kawalan dan Keselamatan Pangsapuri (ASSESS) -Penyediaan Garis Panduan Peranan Pemaju Semasa Penyerahan Bangunan Kepada Badan Pengurusan Bersama JMB/MC Di Bawah Akta 757 Tarikh : 21 Oktober 2022 (Jumaat) Tempat : Palm Garden Hotel, IOI City Putrajaya Majlis Penutup oleh : Y.Bhg. Dato’ TPr DR Juhari Bin Ahmad Pengarah Eksekutif LPHS

21-10-2022 10:00 AM