PORTAL RASMI
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Sekitar Lawatan Tapak Projek Penswastaan (RMM) Sungai Petai, Daerah Alor Gajah, Melaka
Sekitar Lawatan Tapak Projek Penswastaan (RMM) Sungai Petai, Daerah Alor Gajah, Melaka dan Majlis Makan Malam bersama Delegasi Kakitangan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor yang diketuai oleh YBhg. Dato’ TPr Dr. Juhari bin Ahmad, Pengarah Eksekutif LPHS

02-02-2024 04:33 PM

BENGKEL PERANCANGAN SASARAN KERJA UTAMA 2024 LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
BENGKEL PERANCANGAN SASARAN KERJA UTAMA 2024 LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS) Tarikh : 31 Januari 2024 - 2 Februari 2024 (Rabu -Jumaat) Tempat : DoubleTree by Hilton Hotel, Jalan Melaka Raya 23, Melaka. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif LPHS, Dato' TPr Dr. Juhari bin Ahmad. Hadir sama Tuan Mohd Hafiz bin Hassan (Timbalan Pengarah Eksekutif), Puan Normaliza binti Md Rayis (Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan), Tuan Nor Hanizan bin Sahib (Ketua Bahagian Pembangunan Operasi) serta ketua-ketua unit daripada setiap bahagian. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membentangkan Pencapaian Sasaran Kerja Utama Tahun 2023 dan membincangkan hala tuju serta Sasaran Kerja Utama Tahun 2024 LPHS.

02-02-2024 04:31 PM

KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) KE LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)
KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) KE LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS) Tarikh : 10 Januari 2024 Hari : Rabu Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari Tempat : Bilik Mesyuarat Alamanda LPHS Kunjungan hormat yang melibatkan seramai 6 orang delegasi dari PWS ini adalah bertujuan untuk berkongsi info dan maklumat mengenai kaedah-kaedah yang boleh diambil oleh LPHS dalam melaksanakan ibadah wakaf bagi membantu rakyat Negeri Selangor. Majlis kunjungan hormat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ TPr Dr. Juhari bin Ahmad berbesar hati menerima dan menyambut kedatangan YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Md Yusuf, YBhg. Dato’ Mohd Misri bin Haji Idris, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar serta pegawai-pegawai PWS ke LPHS. Semoga kunjungan hormat ini akan menjadi platform kepada LPHS dan PWS untuk membina kerjasama serta hubungan yang lebih erat pada masa akan datang.

10-01-2024 04:36 PM

KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN NEGERI TERENGGANU (LTAWNT)
KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA TABUNG AMANAH WARISAN NEGERI TERENGGANU (LTAWNT) KE LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS) Tarikh : 8 Januari 2024 Masa : 10.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari Tempat : Bilik Mesyuarat Alamanda, LPHS Kunjungan hormat yang melibatkan seramai 11 orang pegawai daripada LTAWNT ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan info mengenai kaedah pengurusan perumahan yang dilaksanakan oleh LPHS di Negeri Selangor.

08-01-2024 04:41 PM

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik (RMM)
Jemputan ke Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Tempinis Sejahtera, Mukim Kerandang, Besut, Terengganu Tarikh : 20 November 2023 (Isnin) Masa : 10.30 Pagi Tempat : Tapak Rumah Mampu Milik (RMM), Tempinis Sejahtera, Besut, Terengganu Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Petanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi (Merangkap ADUN Jabi) diiringi YB Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan kesihatan.

20-11-2023 11:46 AM

MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI PROGRAM COMMUNITY FEEDING SEHEART
MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI PROGRAM COMMUNITY FEEDING SEHEART ( SELANGOR HEALTH CARE FOR STRATA ) TEMPAT : FARM IN THE CITY TARIKH : 19 NOVEMBER 2023 (AHAD) DIRASMIKAN OLEH YBhg. Dato' TPr. Dr. Juhari bin Ahmad Pengarah Eksekutif LPHS TURUT HADIR Encik Nor Hanizan bin Sahib Ketua Bahagian Pembangunan Operasi

19-11-2023 11:44 AM

Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor 2023
Sekitar Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor 2023 Tarikh: 18 November 2023 (Sabtu) Masa: 8.30 pagi - 2.00 petang TEMPAT: Midlands Convention Centre Seksyen 7, Shah Alam Melalui penganjuran Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor ini semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada setiap komuniti pangsapuri untuk melihat kebun komuniti bukan hanya sebagai tanah yang ditanami, tetapi sebagai asas pembinaan kelestarian dan kesatuan dalam komuniti.

18-11-2023 11:45 AM

PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK TAHUN 2023-2025
KURSUS DAN LATIHAN BAGI SEMAKAN SEMULA PELAN STRATEGIK TAHUN 2012-2022 DAN PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK TAHUN 2023-2025 LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

15-11-2023 11:43 AM

Bengkel Pemurnian Pindaan Enakmen Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 2001.
Bengkel Pemurnian Pindaan Enakmen Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor 2001. TARIKH : 8-9 November 2023 (Rabu-Khamis) MASA : 8.00 Pagi - 5.00 Petang TEMPAT : De Palma Hotel, Shah Alam Majlis dirasmikan dan disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif LPHS, YBhg. Dato' TPr Dr Juhari bin Ahmad.

08-11-2023 11:42 AM

Lawatan tapak Projek Idaman Bukit Jelutong
Sekitar lawatan tapak Projek Idaman Bukit Jelutong di bawah seliaan PNSB Construction Sdn.Bhd. bersama rakan usahasama, Nadi Cergas Development Sdn. Bhd. pada 7 November 2023 (Selasa) bertempat di Galeri Jualan Idaman Bukit Jelutong, Persiaran Anjung U8 Shah Alam. Lawatan tapak ini telah dihadiri oleh YB Tuan Borhan bin Aman Shah, selaku EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor. Hadir bersama ialah YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Dato' TPr. Dr Juhari bin Ahmad, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor serta Tuan Mohd Hafiz bin Hassan, Timbalan Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

07-11-2023 11:39 AM

Program Pameran Hartanah Bumiputera Malaysia BPEX
Sekitar Program Pameran Hartanah Bumiputera Malaysia BPEX yang bermula pada 4 - 5 November 2023 (Sabtu-Ahad) bertempat di Dewan 3, Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur. Program telah dirasmikan oleh YB Tuan Borhan bin Aman Shah, selaku EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor.

04-11-2023 11:37 AM

48th International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2023
48TH INTERNATIONAL CONVENTION ON QUALITY CONTROL CIRCLE 2023 DI BEIJING CHINA Tahniah diucapkan kepada Kumpulan A-PEX yang telah mencatat kejayaan yang membanggakan apabila berjaya merangkul Pingat Emas 🏅dalam 48th International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2023 yang telah diadakan pada Beijing China pada 30 Oktober - 2 November 2023. Kumpulan A-PEX telah membawakan inovasi bertajuk “The Approval Process of Selangor State Caring Government Residential Aid Program Is Less Friendly". Sebanyak 643 pasukan dari seluruh dunia telah menyertai ICQCC 2023 ini yang mana Malaysia telah diwakili oleh 44 kumpulan. Pemerhati: YBhg. Dato' TPr. Dr. Juhari bin Ahmad Pengarah Eksekutif LPHS

30-10-2023 11:41 AM