PORTAL RASMI
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Pada 30 Jun 2022 Unit Integriti LPHS telah mengadakan program ceramah integriti bertajuk “Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dan Bagaimana Menangani Skandal Pejabat” bertempat di Bilik Gerakan, Bangunan Annexe, Tingkat 2, Pejabat Dewan Negeri Selangor. Ceramah ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program pengukuhan integriti dan penerapan nilai murni kepada pegawai dan kakitangan LPHS disertai oleh seramai 53 kakitangan. Penceramah yang dijemput untuk melaksanakan sesi perkongsian ilmu tersebut adalah YBrs. Dr Azura binti Hamdan Timbalan Pengarah (F54) dari Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Tuan Mohammad Siddiqui bin Mohamad Tarmizi sebagai Penolong Pengarah (M44) dari Cawangan Operasi Perkhidmatan, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Ceramah ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pegawai dan kakitangan berhubung perlakuan-perlakuan dan kesan negatif gangguan seksual di tempat kerja serta skandal pejabat. Selain itu, Program ini boleh dijadikan rujukan kepada Ketua Unit dan pegawai atasan berhubung perlakuan gangguan seksual dan skandal pejabat serta strategi yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menangani perlakuan negatif ini di tempat kerja. Kesimpulannya, program ini dapat memberi ilmu pengetahuan dan muhasabah diri serta tauladan sekaligus mengukuhkan integriti dengan menerapkan nilai-nilai murni kepada pegawai dan kakitangan LPHS.


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM


30-06-2022 10:02 AM