PORTAL RASMI
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS) KE LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS) Tarikh : 10 Januari 2024 Hari : Rabu Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari Tempat : Bilik Mesyuarat Alamanda LPHS Kunjungan hormat yang melibatkan seramai 6 orang delegasi dari PWS ini adalah bertujuan untuk berkongsi info dan maklumat mengenai kaedah-kaedah yang boleh diambil oleh LPHS dalam melaksanakan ibadah wakaf bagi membantu rakyat Negeri Selangor. Majlis kunjungan hormat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ TPr Dr. Juhari bin Ahmad berbesar hati menerima dan menyambut kedatangan YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Md Yusuf, YBhg. Dato’ Mohd Misri bin Haji Idris, YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Tohar serta pegawai-pegawai PWS ke LPHS. Semoga kunjungan hormat ini akan menjadi platform kepada LPHS dan PWS untuk membina kerjasama serta hubungan yang lebih erat pada masa akan datang.


10-01-2024 04:36 PM


10-01-2024 04:36 PM


10-01-2024 04:36 PM


10-01-2024 04:36 PM


10-01-2024 04:36 PM