23 Oktober 2023 ~ Simposium Kesejahteraan Bandar dengan tema "Pemerkasaan Komuniti ke Arah Kelestarian Bandar dan Negeri Selangor Mampan" bertempat di Midlands Convention Centre. Simposium anjuran Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Kelab Kebajikan & Sukan LPHS ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor.
Turut hadir:
Yang Berbahagia Dato’ TPr Dr. Juhari bin Ahmad - Pengarah Eksekutif LPHS
Yang Berusaha Tuan Ahmad Nizam bin Norali - Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara
Yang Berusaha Prof Madya Dr Zalina binti Harun - Pensyarah Kanan UKM
Yang Berusaha Puan Rosmila binti Adnan -
PLANMalaysia@Selangor
Program menampilkan sesi wacana dan pembentangan kertas kerja dari pemikir tempatan dan luar negara.