PORTAL RASMI
LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR

Majlis cabutan undi unit dan menandatangani penjanjian jual beli Rumah IDAMAN ABADI oleh 26 bekas pemain Persatuan Bola Sepak Selangor. Dengan termeterainya perjanjian ini maka berakhirlah penantian selama 27 tahun para pemain era 1995 yang telah dijanjikan sebidang tanah atas kejayaan merangkul Piala Malaysia oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Ucapan tahniah dan penghargaan di atas usaha kesemua bekas pemain yang telah berusaha keras dalam memartabatkan arena Bola Sepak Negeri Selangor. Majlis cabutan disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, YB Puan Rodziah Binti Ismail, Encik Mohd Hafiz Bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan Encik Ahmad Ashraf Bin Asnan, Ketua Pembangunan & Perancangan Hartanah, mewakili MBI Selangor.


08-12-2022 01:35 PM


08-12-2022 01:35 PM


08-12-2022 01:35 PM


08-12-2022 01:35 PM


08-12-2022 01:35 PM


08-12-2022 01:35 PM


08-12-2022 01:35 PM


08-12-2022 01:35 PM


08-12-2022 01:35 PM